anaciklemon: September 2010

Halaman

14 Sep 2010

D' Pagi Raya


 Mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang telah lalu dari suami tercinta...





Anak sulong, Shamel memohon ampun dan maaf sambil nak minta duit raya lebih dari papa...sofea perhatikan aje nak tiru apa yang abang long cakap la tu hehehe


Sampai giliran si kecil ni, Sofea..apa yang abang long cakap itula jugak yang keluar dari mulutnya...nak sama aje...

Sebenarnya belum sempat habis berposing, dah ada orang ketuk pintu bagi Salam...nak beraya...pegi la bergegas bukak pintu...owh rupenya sepupu Shamel ajak beraya...so ajaklah sekali beraya ke rumah ibuku di Kuala Kubu...ala baru teringat belum habis bergambar lagi ni...tak pe la lagipun nak pegi kedai gambar ambil gambar keluarga jap lagi...

Ni ada gambar keluarga sepupu si Shamel...Abang Irfan punye family la...
Ni la hasilnya Shamel yang jadi jurufoto....boleh la dari tak ade langsung...

Gambar kenangan bersama mama n papa di pagi raya...Muka Shamel sedih sebab dah malas nak berposing...dia tak sabar nak pergi beraya...Adik no hal punyer...


Puasa di akhir Ramadhan



Macam biasa puasa di akhir Ramadhan aku kena kerja sebab kampung aku kat sini...konon bagi ruang kat kawan yang lain untuk balik kampung beraya dulu..tapi dalam hati aku dah raya dah...balik cam biasa...sampai umah mak mertua aku dah masak rendang, kuah kacang, nasi impit semua dah siap...tunggu azan maghrib untuk berbuka puasa..sebelum tu aku pergi juga pasar ramadhan dengan hubby aku..anak-anak tinggal dengan sepupu-sepupunya..hari ni tak ikut la pulak..elok jugak...senang aku nak berkepit dengan hubby aku..macam masa mula-mula kawin dulu..kami beli otak-otak, kuih buah melaka and air soya je..itu je pun yang ada..lain-lain dah tutup kedai..dah tak ada lagi dah makcik cili hijau tu...mmmm tahun depan je la dapat rasa masakan cili hijau makcik tu...sampai rumah je hidang makanan untuk berbuka..azan berkumandang apa lagi baca doa kami berbuka puasa...Alhamdulillah....kenyang...malam raya tahun ni tak buat takbir kat rumah...lepas sembahyang maghrib anak aku n sepupunya ajak main bunga api..terpaksa la layan...start pukul 8.20 malam main bunga api...bukan main seronok lagi diorang...aku pun tompang sekaki...teringat lak zaman kanak-kanak dulu...anak buah aku sorang ni hebat betul ade ke main mercun roket letak kat tanah...abis apa lagi ke rumah orang la di tuju roket tu...selamat tembak luar rumah je...biru jugak muka aku...ye ar takut jadi benda lain...selamat tak de pape...anak aku si Shamel tu pun hebat gak...dah berani bakar mercun roket...mercun gasing....dub dab dub dab ugak jantung ni....mana tak aku risau....kecik lagi dah berani bakar mercun...papa nya steady je...anak aku si Sofea penakut sikit main bunga api je...asal mercun meletup lari lintang pukang cari aku ngan papa dia...sepupu-sepupu yang lain sama gak main bunga api je...tu la yang hebat 2 orang tu si Irfan ngan Shamel...Hero pada malam tu...penat main bunga api...aku masuk dalam kemas rumah...ye la esok nak raya...bak kata orang last touch up...aku kemas punya kemas tak sedar jam dah dekat pukul 2.00 pagi...lepak tengok TV pukul 3.00 pagi baru tidur....fuhh penat giler.....






3 Sep 2010

Wanita yang Allah & Rasul sayangi..

Assalamualikum...

Kepada saudara dan saudari pembaca yang Allah SWT kasihi..hayatilah setiap apa yang di coretkan untuk kalian semua...semoga dirahmati Allah SWT...InsyaAllah...

Sabda Rasulullah SAW maksudnya; "Dunia merupakan suatu keseronokan (kenikmatandan kebahagiaan). Sebaik-baik keseronokan (kenikmatan dan kebahagiaan) ialah wanita Solehah".(Riwayat Muslim).

Maka jagalah peribadi anda sebagai wanita dan isteri. Sesungguhnya wanita amat mulia disisi Allah dan RasulNya. Wanita juga senang atau kata lain mudah masuk syurga juga mudah masuk neraka. Renungkan hadis di bawah ini;

Sabda Nabi SAW maksudnya; "Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang wajib lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan mentaati suami, di akhirat ia diseru masuk syurga mengikut pintu mana yang ia sukai". (Riwayat At- Tabrani)

Sabda Nabi SAW maksudnya: "Hai para wanita!, bersedekahlah kamu dan perbanyaklah istighfar (memohon ampun dan bertaubat kepada Allah), kerana aku melihat mejoriti ahli neraka kaum wanita"

Pembaca yang dihormati Allah SWT...

Saya juga seorang hamba Allah SWT yang masih mencari ilmu agama islam dan impian saya adalah menjadi wanita Solehah yang di sayangi Allah SWT dan RasulNya. Serta disayangi suami dan anak-anak juga keluarga tercinta InsyaAllah. Saya sebenarnya masih mencari identiti sendiri sebagai seorang wanita Muslim. Saya sekarang sedang cuba perbaiki diri sendiri disamping menyampaikan apa yang saya pelajari kepada semua pembaca. Agar ilmu yang saya pelajari melekat di hati sanubari saya. Dan memberi manfaat kepada rakan pembaca semua. InsyaAllah coretan saya berhenti di sini dan akan disambung pada coretan yang mendatang.

Akhir kata semoga Allah SWT melindungi kita serta keluarga walau di mana kita berada. Ingatlah Allah SWT kerana setiap ingatan itu akan dibalas dengan kebaikan yang berlipat kali ganda.InsyaAllah.

Sekian.

Wassalam...

anaciklemon Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign