anaciklemon: 2014

Halaman

1 Jul 2014

BAZAR RAMADHAN

Hari ini masuk hari ketiga umat islam di seluruh dunia berpuasa.
Syukur Alhamdulillah di atas nikmat yang dikurniakan kepada kita semua.

banyak juadah berbuka puasa disediakan. rambang mata nak pilih ni diantara juadah yang ada di sini:

mmmmmm sedap. menyelerakan..minuman anakku AIR SOYA  mesti dicampur MEAL SHAKE...ok je...rasa bertambah enak dan sedap sangat. YUMMMY...

Makanan pula :


haaa...ni dia murtabak ayam.....mmmm sedap....

menu lain saya perlihatkan esok pulak.



ESP SHAKLEE PILIHAN RAMAI

ESP shaklee pilihan ramai...
Kenapa saya kata ESP shaklee ni menjadi pilihan ramai. Tidak mengira golongan muda mudi atau golongan emas. Baru-baru ni saya dah serahkan ESP kepada pelanggan saya lebih dari 5 balang. Ternyata kesan pada ESP ini dapat dirasakan dengan begitu memberangsangkan.  Rata-rata bersetuju ESP memang satu produk keluaran shaklee yang terhebat dan diminati ramai.
Maklumbalas pelanggan berkaitan ESP ini sungguh menakjubkan. Ibu kepada 3 orang anak menyatakan kepada saya baru-baru ini, mereka sekeluarga mengamalkan ESP semasa Ramadhan ini yang mana baru sahaja 3 hari berpuasa.
Hari pertama si ibu minum ESP terasa seperti tidak perasan dimana beliau sedang berpuasa. Beliau menyatakan perut tidak kosong dan seperti baru sahaja mengambil makanan.
Sungguh gembira saya mendengar perkhabaran dari beliau.
Pada asalnya beliau membeli ESP daripada saya untuk keperluan anak-anak beliau di bulan Ramadhan ini. Ternyata selepas beliau sendiri mencuba, beliau terus tertarik dengan pengalaman yang dialaminya.
Wahh...sungguh seronok melihat ibu ini dan anak-anaknya gembira di bulan yang mulia ini..
Di antara kelebihan ESP :

CARA TUKAR BLOGSPOT KE .COM

Sila ikut cara di bawah untuk mendaftar domain .com

1) sediakan laptop with internet (guna smartphone tak syok. Hehe)
2) buka www.netkl.com
3) click 'register now' dulu
4) lepas dh register, login. Lepas tu, click 'ORDER NOW'
5) pilih categories 'blogging'
6) click 'order now' kat bahagian 'blogger/blogpsot' yg berharga RM3 MYR one time tu
7) lepas dh click, tick/tandakan di bahagian 'I want NetKL Hosting to register a new domain for me'
kat bawah tu, sila letak nama yg kita nak
contoh, saya nak www.suzanabiz.com
dia dah sediakan www.
so, kita just isi blogamir sahaja
dan pilih .com
part ni paling penting (sila rujuk gambar)
Lepas tu, click kat 'click to continue'
Kalo available, click 'continue'
dia akan bgtau, 'available atau unavailable'
sbb kalo unavailable, itu bermaksud domain itu sudah di ambil oleh org lain
8) kat bahagian your blogspot's address : tulis, alamat blog kita yg asal. contohnya www.suzana8378.blogspot.com
9) click update cart
Username : tulis, email kita yg kita selalu buka blogger.com tu
Password : tulis password blog kita.
Lepas tu click add to cart
10) click checkout
11) tick kat 'I have read' pastu click 'complete order'
12) pastu, bank in ke akaun bank mereka. Sebanyak rm38
13) lepas dh bank in, tulis email ke sales@netkl.com
dan kata, saya dah bank in rm38 ke Cimb awak.
Sertakan bukti pembayaran
Dan kata
Invoice saya adalah #107077(contoh)
no invoice ni sendiri punya.
14) setel. Tunggu email balas dari mereka yg menyatakan pendaftaran .com anda dah berjaya!!!
15) faham ke faham?
bagi yg dah berjaya daftar, apa nama domain awak? ce komen di bawah. kita blogwalking reramai.

credit to my sifu www.blogamir.com


27 Mei 2014

VITAMIN E SHAKLEE PENYELAMATKU

Hari ini kita nak sambung balik kisah kita bersama vitamin shaklee ni. Ini kisah benar tiada yang di reka.
Kisahnya bermula kerana kedegilan kita sendiri la. Macam ni, mula mula kita amik ESP dan vita E setiap hari. Ada satu hari tu kita ni gatal sangat nak cuba satu produk ni (tak boleh sebut nama atas sama sama berniaga). Tapi kita tak salahkan produk ni pun mungkin kita yang tak sesuai dengan dia.

Dekat 2 minggu juga kita cuba produk ni, pada mulanya tak ada masalah dalam 2 ke 3 hari je. Lepas itu sikit sikit jerawat kecil kecil dan seterusnya macam menjadi jadi pula. Kita dah mula gelabah dan risau. Kita terus stop tak ambil produk ni lagi dah.

Mulalah kita berfikir baik ambil ESP dan vita E Shaklee sahaja. Tak perlu tambah yang lain dah. Kita pun kembali kepada sediakala minum ESP dan vitamin E.

Tiap tiap malam selama seminggu kita buat masker vitamin E. Alhamdulillah selamat sikit sikit kulit kembali normal cuma ada kesan sikit sikit. Tapi tak apelah kita akan istiqomah teruskan. Dan semoga Allah izinkan kembali kepada yang asal.


Tapi bila difikirkan semula ini semua sebab pengaruh juga la kan. Saya berdoa agar saya tidak mudah terpengaruh lagi selepas ini.

Cukuplah bagi kita vitamin SHAKLEE.

Buat setakat ini dululah cerita kisah benar kita. Nanti kita sambung lagi cerita pengalaman kita dengan vitamin hebat superb ni .

Nak maklumat lanjut atau order terpantas dari saya whatsapp saya di talian :0193280057

Ni gambar kita setelah kita berusaha untuk memulihkan kulit kita. Tidak di edit sedikit pun. Masih ada kesan jerawat kecil di wajah lagi. Nanti kita update lagi ye bila wajah dah kembali tidak ada parut tu.

TAMAN TEMA AIR CUTI SEKOLAH

Esok dah masuk musim cuti sekolah pertengahan tahun. Anak-anak dah sibuk bertanya "kemana la kita bercuti kali ni mama"..masih tidak terjawab persoalan anak-anak. Sebab tak tahu mana satu pilihan tempat percutian kali ini.

Bila difikirkan semula berpandukan minat anak-anak, nampak gayanya lebih kepada TAMAN TEMA AIR. Maka dengan itu eloklah kiranya di bawa sahaja anak-anak ini ke sana. Yang menjadi persoalannya sekarang di mana? seronokkah? berbaloi ke? 


Setelah di GOOGLE akhirnya keputusan di buat, kami ke GOLD COAST. Tapi belum tentu dan pasti ke tempat itu. Untuk tidak mengecewakan anak-anak kesayanganku, papa kata kita tangguh dulu bercuti ke GOLD COAST...mmmm..kenapa? terkejut juga. Rupa-rupanya papa kata tempat kerja papa nak buat family day kat sana nanti, jadi kita pergi tempat lain dulu.  


Ok lah kalau macam itu. terpaksa jugalah otak ni memikir dan jari jemari ini menekan butang GOOGLE lagi.


Ada satu lagi tempat menarik dan tertarik PEDAS HOT SPRING mmmm masih dalam perbincangan keluarga lagi ni. Belum ada kata putus. Fuhhh...susah juga ye. Ajak mandi laut mama tak mahu.


Semoga kami sekeluarga dapat membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anak kesayangan kami sentiasa ceria dan gembira setelah penat belajar. 


Anak-anak MEAL SHAKE memang sentiasa ceria.

26 Mei 2014

VITAMIN SHAKLEE HEBAT

Vitamin shaklee hebat berkesan dan selamat

Dah dekat lima bulan saya amalkan vitamin daripada shaklee ni. Ternyata kesannya memang memberangsangkan. Kesihatan saya bertambah baik. Seisi keliarga mengambil vitamin dari shaklee ini.
Di sini saya nak kongsi vitamin mana dan apa kami sekeluarga amalkan.

1. ESP - dah tentulah saya yang amalkan setiap hari. Terasa kulit saya bertambah halus dan lembut. Putih bertambah tambah dari hari ke hari. Parut jerawat cepat pudar. Bertenaga dan cergas walaupun saya melakukan banyak kerja dalam sehari. Kerja yang saya maksudkan seperti di bawah;

5.30 am - bangun pagi dan siapkan diri untuk solat subuh dan buat sarapan anak-anak dan suami untuk ke sekolah dan ke tempat kerja.

6.00 am - kejutkan suami dan anak-anak bangun untuk siapkan diri masing-masing untuk persediaan ke destinasi masing-masing.

6.45 am - sarapan pagi seisi keluarga
7.00 am - bertolak dari rumah ke sekolah
7.15 am -sampai ke sekolah anak
7.30 am - hantar baby ke rumah ibu saya
7.45 am - ke tempat kerja saya
7.55 am -  sampai ke tempat kerja

1.00 pm - ambil anak dari sekolah dan singgah rumah ibu untuk bersiap ke sekolah agama dan solat zohor

2.00 pm - anak sampai ke sekolah agama dan saya ke tempat kerja

5.00 pm - pulang kerja terus ke sekolah agama untuk ambil anak dari sekolah agama dan ambil baby dari rumah ibu dan tumpang solat asar

6.30 pm - sampai rumah
6.45 pm - basuh baju sekolah anak menggunakan cucian tangan
7.10 pm - bersedia untuk solat maghrib
8.40 pm -basuh kain  menggunakan washing machine.

9.30 pm - makan malam dan jemur kain dan lipat kain baju yang di basuh semalam

10.30 pm - rehat
11.00 pm -sleeping time zzzzzz

Setiap hari macam ni lah rutin harian saya...
Memang bertenaga bak super mama...hahaha

Cubalah ambil ESP ni anda pasti terpesona.

Nak tahu lanjut boleh whatsapp saya di 0193280057.  Saya pasti melayan pertanyaan anda.

Terima kasih :)

Ikuti kisah selanjutnya pengalaman saya bersama vitamin shaklee yang lain..

20 Mac 2014

B COMPLEX SHAKLEE MENGATASI TEKANAN

Tekanan dapat di atasi dengan mengambil B Complex Shaklee



Seharian bekerja memang memerlukan tenaga yang banyak dan kadang kadang terasa tekanan dalam kehidupan seharian. Di sini saya nak kongsikan Cara bagaimana nak atasi tekanan dalam kehidupan. Kehidupan harian penuh dengan tekanan dan kita tak boleh lari dari hakikat ini. 

Tekanan datang dalam 2 bentuk;
1. Tekanan yang membina(positif) 
2. tekanan yang negative. 
Tekanan yang positif memang sangat diperlukan untuk membolehkan anda mencapai tahap prestasi yang optimum.
Tekanan yang ingin saya kongsikan dalam entry ini ialah tekanan yang negative. Tekanan negative ini sangat besar impaknya dalam kehidupan seseorang individu. Sekiranya ia tidak dikawal macam-macam perkara yang tidak dijangka boleh berlaku.
Antara penyakit berpunca daripada  tekanan ialah:
 Tips untuk atasi tekanan dalam Islam:










Sentiasa dalam keadaan berwudhuk 
Wudhuk akan menjadikan kita sentiasa tenang.

Banyakkan solat sunat 
Antara solat yang bagus untuk di amalkan untuk menenangkan diri ialah solat taubat.

Banyakkan baca Al-Quran 
Banyak pengajaran tentang kehidupan umat-umat terdahulu yang boleh di ambil iktibar.

Banyakkan berzikir 
Didik hati untuk sentiasa ingat kepada Allah. Insyaa Alah anda akan tenang.

Sujud kepada Allah bila menghadapi tekanan
Allah Maha Mendengar. Luahkan perasaan & mohonlah bantuan kepada Allah.

Sibukkan diri 
Bersukan adalah salah satu aktiviti yang dapat meredakan tekanan.

Hargai diri sendiri
Tiada orang lain yang boleh menghargai diri anda melainkan anda sendiri.

Senyum 
Senyuman akan mempengarhi emosi anda. Mungkin senyuman tersebut nampak palsu pada permulaannnya, tapi percayalah lama-kelamaan ianya akan menjadi cantik semulajadi.. :)


Selain daripada tips-tips di atas, pengambilan vitamin B Complex  Shaklee juga terbukti membantu anda meredakan tekanan dan membuatkan anda lebih tenang.
Moga tips di atas dapat membantu..

11 Mac 2014

AURAT

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda :






Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”
2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)
3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”
4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)
5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas :
“Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

BERMULANYA DI SINI


Assalamualaikum...

Bermulanya di sini...langkah keduaku untuk memajukan diri...daripada bisness kecil kecilanku yang pertama sebagai dealer topup...kini aku ingin meyakinkan diri untuk terus ke tahap seterusnya..peluang yang aku perolehi untuk membuat business yang mana masih di tahap bayi yang baru dilahirkan...SHAKLEE...satu nama besar dalam industri perniagaan online mahupun offline..tak kira di mana facebook..twitter mahupun blog dan sebagainya..

Namun aku masih baru...tetapi Alhamdulillah aku rasa yakin dan seronok untuk melakukannya, walaupun bukan sepenuh masa...biarpun tiada sale jangan cepat berputus asa..cuba..cuba..cuba lagi...ingat!!!...mana ada orang yang membuat sesuatu terus berjaya ke puncak...biar belajar mendaki bukit dahulu sebelum kita berani memanjat gunung....yang paling penting keyakinan diri dan yakin terhadap rezeki Allah Swt...

AHLI SHAKLEE SECARA PERCUMA DENGAN ESP

Heboh ESP promo sekarang ni kan...google je ESP promo...keluar segala macam..memang terbaik la SHAKLEE bulan ni secara tak langsung dapat juga membantu sesetengah pihak yang nak jadi ahli dalam masa yang sama dapat kebaikkan dan kelebihan ESP ni..kalau tak dapat jual habis toksah risau...buat stok untuk sendiri...sebabnya ESP banyak kelebihannya...tak rugi beli..

kat sini ada cara-cara nak jadi ahli SHAKLEE secara percuma dengan pembelian ESP promo 1 set.
mudah je kan..

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat:
- Beli Shaklee pada Harga Istimewa
- Jadual Makan Vitamin

- Konsultasi Percuma Berterusan
- Jemputan ke group 'exclusive' di Facebook

- Peluang menjana side income bersama Shaklee
- anda sendiri pilih nak 2 angka ke 3 angka ke malah lebih dari itu pun boleh..

banyak lagi peluang yang akan anda perolehi dengan berbisnes dengan SHAKLEE ni...memang lumayan...




Shaklee Membership – Apa Yang Perlu Anda Tahu
Jika ada sebarang persoalan lanjut, jgn malu2 segan2 untuk Private Message saya atau WhatsApp saya.
Nota Kaki:
1) Shaklee membership is Lifetime, jd anda tak perlu nk bayar for renewal ;) )
2) Jika anda mempunyai network di Indonesia, US, China, Canada anda mempunyai peluang besar untuk success dengan menjadi Gold Ambassador Shaklee. Setiap pembelian Gold Ambassador Pak, anda secara automatik menjadi GA.

STEP 1

dengan membayar yuran keahlian sebanyak rm65 untuk seumur hidup. tambah kos postage untuk semenanjung rm10 dan untuk sabah dan sarawak rm20. nanti. anda akan menerima starter kit/beg shaklee direct dihantar dari HQ Shaklee di Subang tu ke rumah anda. dengan mendaftar sebagai ahli, anda sudah pun bergelar pengedar sah shaklee di samping boleh beli semua produk shaklee pada harga ahli. jimat berganda-ganda. jadi ahli untuk makan sendiri pun boleh.

STEP 2

untuk keahlian percuma pula. setiap pembelian barang shaklee minimum rm680 dan ke atas iaitu 200 points, anda secara automatic dapat menjadi ahli shaklee untuk seumur hidup. yang lagi best, bukan sahaja dapat jimat yuran keahlian yang berharga rm75/rm85 tu anda juga akan dapat cek duit pada 15hb bulan berikutnya. kalau kira-kira, sudah jimat rm100+ dah.

selain itu, anda berpeluang untuk dapat 3 bonus shaklee iaitu car bonus, cash bonus and convention bonus. kalau cash bonus tu, anda akan dapat bonus bulanan yang akan masuk direct ke dalam akaun bank anda. untuk car bonus, shaklee akan bagi duit untuk anda beli kereta idaman anda. untuk convention bonus, shaklee akan taja 100% umrah/percutian 5 bintang anda.

wahhhh...menarikkan...mahu tak menarik macam -macam shaklee nak bagi..

TUNGGU APE LAGI...CEPAT BERTINDAK...MAJU SATU TAPAK KEHADAPAN...



18 Feb 2014

OSTEMATRIX SHAKLEE MENJAGA TULANG ANDA

Kalsium tak cukup risau umur makin meningkat..REPUT TULANG!! masalah ni...
RILEX jangan takut la..sekarang dah senang...tok sah risau OSTEMATRIX kan ada..

Nak cerita pengalaman saya la kan...

Guna Ostematrix ni sejak awal bulan Februari 2014 memang superb la Ostematrix ni..
2 minggu lepas tu saya join balik team netball masa sekolah dulu...ternyata tulang saya...badan saya...sendi saya baik baik sahaja...tak sakit dah...menakjubkan..memang miracle bagi saya sebab saya pernah disahkan ada Scoliosis tulang senget..masa tu check dekat Hospital Pakar Ampang Puteri..sah memang Scoliosis tapi tak teruk.Alhamdulillah..so saya disarankan minum susu...masalahnya saya tak suka bancuh susu..penyakit malas la pulak kan...

Alih alih saya berkenalan dengan vitamin shaklee ada pulak untuk kalsium so ape lagi try and error la..Alhamdulillah memang berkesan..dah sebulan saya makan memang superb superb ha ko dua kali superb..saya masih meneruskan makan Ostematrix ni..Syukur sangat pada Allah tanpa izinNya tak jadi juga kan..jadi memang saya syorkan sangat Vitamin Ostematrix dari SHAKLEE ni..sebab saya dah cuba...saya dah rasa..terasa bersalah kalau tak share dengan public..saya nak semua orang sihat dengan izin Allah..

TU DIA KAT BAWAH PENULISAN NI SAYA ADA KEPILKAN GAMBAR SAYA DENGAN TEAM BOLA JARING SAYA..TENGOK JANGAN TAK TENGOK...HEHEHE


Dengan Kalsium Ostematrix dari Shaklee, anda bukan sahaja mendapat kelebihan dari Kalsium, tetapi lebih dari itu.

Kalsium Shaklee Ostematrix adalah Kalsium Terbaik di Malaysia.

Antara faedah-faedah yang boleh didapati daripada pengambilan Pil Kalsium Ostematrix Shaklee adalah :



1) Membina tulang dan gigi yang kuat.
2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness).
5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan  sesetengah hormon.
6) Membantu perkembangan tubuh badan normal.
7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik



Shaklee Ostematrix Membekalkan :


1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.

2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

Kelebihan Ostematrix :
a)    Jika anda seorang yang bekerja dan sering KELETIHAN,ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!

b)   Jika anda seorang IBU MENGANDUNGostematrixmembantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

c)    Jika anda seorang IBU YANG MENYUSUKAN anak,ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.

d)   Jika anda seorang WANITA dan LELAKI, ostematrixmembantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)

e)    Jika anda mempunyai masalah OBESITI (berat badan berlebihan), anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda.


SAYA GA BIP UNGU BAJU BIRU TU...HEHEHE
SYUKUR YA ALLAH..

Inginkan side income 3-4 angka sebulan hanya dengan bisnes online Shaklee?

Hubungi Suzana untuk :-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


suzana yahaya
Shaklee ID : 1102241
suzana_8378@yahoo.com
0193280057 (SMS/WhatsApp)

13 Feb 2014

CARA MAKAN SET KURUS SHAKLEE

Cara makan Set Kurus Shaklee
Memandangkan ramai customers tanya saya macam mana cara makan yang betul untuk set kurus shaklee jadi saya dengan berbesar hatinya menulis satu blog post khas untuk mereka yang bercita-cita besar ingin mengurangkan berat badan dan mendapatkan berat yang ideal.

Jom baca.


Mulakan dengan Bismillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

3 hari pertama berturut-turut amik herblax 3 biji setiap malam, then stop. Herblax ni tujuannya untuk cuci usus untuk tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi dalam badan. Ni untuk memberi kesan yang lebih efisen dalam penyerapan vitamin ke dalam badan.

PERHATIAN !!!!

Selepas 3 hari.

After breakfast : Breakfast macam biasa. (pastikan HEAVY. pagi-pagi makan heavy takpe, asalkan malam jangan heavy) Then amik 3 biji lecithin dan 1 biji omega guard.


Morning Tea break : Amik 1 scoop Cinch. Dibancuh dengan air kosong (yang biasa suhunya bukan air panas sebab protein akan musnah pada suhu tinggi, denatured) boleh juga dengan jus atau air lain selain tea dan kopi. CINCH ni boleh memberi tenaga berterusan kepada badan kita. tujuan minum time tea break supaya lunch anda takkan makan banyak. tapi tetap makan


Tengahari : lunch macam biasa. Lepas lunch amik 3 biji lecithin dan 1 biji omega guard. Lunch ni control pengambilan nasi. Amik nasi saiz genggaman tangan je. lebihkan sayur, sup dan buah tapi buah jangan lebih sangat sebab dalam buah ada gula gak.


saranan rasulullah pun supaya makan buah dulu sebelum makan nasi. untuk senang system perkumuhan berfungsi dan juga untuk bagi kita rasa yang light kenyang. jadi kita takkan amik banyak nasi dah untuk lunch sebab kita dah kenyang dengan buah.


Petang tea break around 3-5pm : minum CINCH segelas. Bancuh 1 scoop  dengan fresh milk/apa-apa minuman. tujuan minum time tea break supaya dinner u takkan makan banyak. sebab dah kenyang. tapi tetap makan. then amik 1 biji omega guard.






Malam : dinner macam biasa / if tak makan, make sure ada makan biskut ke roti ke sup ke. Cuma JANGAN HEAVY dan JANGAN skip makan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda akan bergelora dan metabolisma badan anda akan menurun. lepas tu amik alfalfa 3 biji.

Setiap weekend : amik 3 biji herblax pada sabtu malam dan 3 biji pada ahad malam. Amalkannya setiap minggu.


Paling Penting


DISPLIN! dan jangan depends dengan figure kat alat timbang. sebab dengan shaklee. ia tak pecahkan otot, tapi ia pecahkan lemak. jadi at least turun 200-500gram seminggu is good enough.


YANG PENTING ENJOY MAKAN VITAMIN


Note:
Energizing soy protein/Cinch : Bancuh dengan air kosong (yang biasa suhunya. bukan panas sebab protin akan denatured/musnah pada suhu tinggi) boleh juga campur dengan jus atau air lain selain tea dan kopi. ESP/cinch ni boleh memberi tenaga berterusan kepada diri peminumnya. ESP/cinch  tak boleh di ambil sekali dengan mana-mana multivitamin(Vitalea Shaklee). Nanti mengganggu penyerapan iron dalam multivitamin tu. Jarak pengambilan ESP/cinch dan multivitamin dalam 2 jam.

WAJIB FOLLOW

1) Minum air minimum 4-5 liter sehari (1 liter untuk berat setiap 25kg kalau contohnya anda berat 100kg, jadi anda kena minum minimum 4 liter air ye) kena sukat! bukan agak-agak je. kena sukat. beli bekas air yang ade indicator tu and then sukat. kena disiplin. ni sebab pengambilan vitamin dapat memekatkan darah kita.


jadi air sangat penting untuk melancarkan peredaran darah dalam badan kita. Minum 1.5 liter air dari pagi ke tengahari, 1.5 liter air dari tengahari ke petang dan 1.5 liter air dari petang ke malam. Minum sikit-sikit tapi berterusan. Kalau sebelum ni tak suka minum air. kena tukar habit demi dapatkan kesihatan yang baik dan kembali ke berat ideal.


Lagipon bagus kita minum air banyak sebab bole buang toksin dalam badan. Ni air putih je ye bukan air manis. air manis tak termasuk. Bagus sangat kalau anda bole skip amik air manis. kalau tiap hari anda amik air manis sebanyak 3 cawan, u reduce dulu kepada 2 cawan then kepada 1 cawan. berubah pelan-pelan. bukan drastic.


Begitu juga dengan pengambilan makanan. kalau selalu u makan penuh 1 pinggan nasi masa lunch then sekarang buang lah ckit amik ¾ je nasi then pasni bila dah stabil dan badan u bole terima perubahan. u bole amik 2/4 je nasi dari sebelum ni. berubah sikit-sikit. bukan drastic. kalau u berubah drastic badan xbole terima effect kesihatan u nanti and then badan u pon jadi malas nak kekalkan habit kurang pangambilan karbohidrat sebab u suffer. Saya bagi cadangan ni supaya u tak suffer dalam diet program.


2) Doa berterusan kepada Allah semoga Allah berikan ape yang u hajati. kita ni kadang-kadang kurang berdoa minta dari Allah. sebenarnya apa-apa pon kena mintak dengan Allah. sebab Allah ni akan bagi mengikut kehendak kita. tapi kalau Allah tak bagi tu maknanya tu bukan terbaik untuk kita. u mintak untuk Allah kuatkan u untuk berusaha ke arah menurunkan berat badan demi mendapatkan kesihatan yang baik sebab kalau u sakit susah nak beribadat kepada Allah. macam tu lah. Allah akan kabulkan. Cuma cepat atau lambat je. sabar-sabar.


3) Istiqamah atau berterusan dalam pengambilan vitamin, diet yang betul dan minum air. kalau kadang-kadang amik vitamin, kadang-kadang lupa kesan pon tak berapa memuaskan.


4) Makan makanan yang berkhasiat. makan ikut keperluan badan kita. bukan ikut selera kita. yang part ni kena improvekan dan tukar habit makan. u kena tahu berapa kalori yang u perlukan dalam sehari. tulis ape yang u amik setiap hari and then kena pandai kire berapa kalori bagi setiap makanan yang di ambil dan berapa sebenarnya badan u perlukan kalori.


5) Senaman tak bole tinggal. buat sikit-sikit. walau tak nampak turun banyak atau tak turun kena buat jugak sebab ia membantu mempercepatkan


6) Segenggam tangan karbohidrat. Sama ada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jikalau masih tidak kenyang, tambahkan lauk(sebab protein)





Yang ni pula saya amik dari Internet :


Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Anda tidak perlu mencari trend senaman yang terkini. Apa yang penting ialah anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.


1)   Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tidak wajib. Tetapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.


2)   Angkat berat! Tak kira jantina dan umur. Pastikan anda memasukkan senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu menguatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya jika anda sudah berjaya menguruskan badan, sudah tentu anda inginkan badan yang kental bukan?


3)   Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.


4)   Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Sekiranya anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan untuk membakar lemak, pastikan anda elakkan diri dari mengambil minuman seperti Milo, 100Plus atau Gatorade.


5)   Tidak perlu bersenam setiap hari. Jika bersenam, tidak perlulah melakukannya setiap hari. Ketahuilah bahawa hanya 2 - 4 kali seminggu sudah memadai. Biarkan badan anda rehat dan pulih. Ingat, yang penting adalah kualiti senaman, bukannya kuantiti senaman anda.


6)   Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.


Elakkan:



1)      Minum banyak kopi dan teh. Sebab ia mengandungi kafein. Tak bagus untuk diri kita.

2)      Kurangkan pengambilan benda2 manis. cth: kuih yang manis. air yang manis. boleh amik…tapi kurangkan dari sebelum ni. pengurangan perlu bertahap.a
3)      Kurangkan pengambilan makanan segera. No fast food!  no! say no to fast food
4)      Elakkan air bergas dan makanan yang berminyak dan makanan berlemak
5)      Elakkan dari makan makanan dalam jumlah yang banyak sekaligus. makan kerap takpe. asalkan jangan amik makanan banyak sekaligus. makan kerap pon amik yang kalori rendah la. jangan makan nasi pulak. yang banyak karbohidrat

Sekian semoga u diberi kekuatan untuk berjaya dalam program diet ni. kita berusaha sama-sama. Saya nak bantu anda. so pape bole contact me k.


Harga vitamin:
1) Herblax : 120 biji : rm4X : boleh tahan 5 bulan : rm 8.XX je sebulan
2) Lecithin : 180 biji : rm4X: boleh tahan sebulan lebih.
3) Cinch : 1 bekas : rm1XX: boleh tahan 1 bulan lebih.
4) Alfalfa 700 biji : rmXX: boleh tahan 7 bulan lebih : rm1X sebulan
5) Omega guard: 90 biji : rm1XX. Boleh tahan 1 bulan lebih.

Total : RM 4XX. habis dalam rm2XX je sebulan. yang ni untuk harga set lengkap untuk program diet. jika anda kurang bajet, boleh SMS/WhatsApp saya di 0193280057 untuk cadangan set yang lebih murah.



Inginkan side income 3-4 angka sebulan hanya dengan bisnes online Shaklee?

Hubungi Suzana untuk :-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


suzana yahaya
Shaklee ID : 1102241
suzana_8378@yahoo.com
0193280057 (SMS/WhatsApp)


anaciklemon Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign