anaciklemon: Februari 2014

Halaman

18 Feb 2014

OSTEMATRIX SHAKLEE MENJAGA TULANG ANDA

Kalsium tak cukup risau umur makin meningkat..REPUT TULANG!! masalah ni...
RILEX jangan takut la..sekarang dah senang...tok sah risau OSTEMATRIX kan ada..

Nak cerita pengalaman saya la kan...

Guna Ostematrix ni sejak awal bulan Februari 2014 memang superb la Ostematrix ni..
2 minggu lepas tu saya join balik team netball masa sekolah dulu...ternyata tulang saya...badan saya...sendi saya baik baik sahaja...tak sakit dah...menakjubkan..memang miracle bagi saya sebab saya pernah disahkan ada Scoliosis tulang senget..masa tu check dekat Hospital Pakar Ampang Puteri..sah memang Scoliosis tapi tak teruk.Alhamdulillah..so saya disarankan minum susu...masalahnya saya tak suka bancuh susu..penyakit malas la pulak kan...

Alih alih saya berkenalan dengan vitamin shaklee ada pulak untuk kalsium so ape lagi try and error la..Alhamdulillah memang berkesan..dah sebulan saya makan memang superb superb ha ko dua kali superb..saya masih meneruskan makan Ostematrix ni..Syukur sangat pada Allah tanpa izinNya tak jadi juga kan..jadi memang saya syorkan sangat Vitamin Ostematrix dari SHAKLEE ni..sebab saya dah cuba...saya dah rasa..terasa bersalah kalau tak share dengan public..saya nak semua orang sihat dengan izin Allah..

TU DIA KAT BAWAH PENULISAN NI SAYA ADA KEPILKAN GAMBAR SAYA DENGAN TEAM BOLA JARING SAYA..TENGOK JANGAN TAK TENGOK...HEHEHE


Dengan Kalsium Ostematrix dari Shaklee, anda bukan sahaja mendapat kelebihan dari Kalsium, tetapi lebih dari itu.

Kalsium Shaklee Ostematrix adalah Kalsium Terbaik di Malaysia.

Antara faedah-faedah yang boleh didapati daripada pengambilan Pil Kalsium Ostematrix Shaklee adalah :



1) Membina tulang dan gigi yang kuat.
2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness).
5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan  sesetengah hormon.
6) Membantu perkembangan tubuh badan normal.
7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik



Shaklee Ostematrix Membekalkan :


1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.

2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

Kelebihan Ostematrix :
a)    Jika anda seorang yang bekerja dan sering KELETIHAN,ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!

b)   Jika anda seorang IBU MENGANDUNGostematrixmembantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

c)    Jika anda seorang IBU YANG MENYUSUKAN anak,ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.

d)   Jika anda seorang WANITA dan LELAKI, ostematrixmembantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)

e)    Jika anda mempunyai masalah OBESITI (berat badan berlebihan), anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda.


SAYA GA BIP UNGU BAJU BIRU TU...HEHEHE
SYUKUR YA ALLAH..

Inginkan side income 3-4 angka sebulan hanya dengan bisnes online Shaklee?

Hubungi Suzana untuk :-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


suzana yahaya
Shaklee ID : 1102241
suzana_8378@yahoo.com
0193280057 (SMS/WhatsApp)

13 Feb 2014

CARA MAKAN SET KURUS SHAKLEE

Cara makan Set Kurus Shaklee
Memandangkan ramai customers tanya saya macam mana cara makan yang betul untuk set kurus shaklee jadi saya dengan berbesar hatinya menulis satu blog post khas untuk mereka yang bercita-cita besar ingin mengurangkan berat badan dan mendapatkan berat yang ideal.

Jom baca.


Mulakan dengan Bismillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

3 hari pertama berturut-turut amik herblax 3 biji setiap malam, then stop. Herblax ni tujuannya untuk cuci usus untuk tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi dalam badan. Ni untuk memberi kesan yang lebih efisen dalam penyerapan vitamin ke dalam badan.

PERHATIAN !!!!

Selepas 3 hari.

After breakfast : Breakfast macam biasa. (pastikan HEAVY. pagi-pagi makan heavy takpe, asalkan malam jangan heavy) Then amik 3 biji lecithin dan 1 biji omega guard.


Morning Tea break : Amik 1 scoop Cinch. Dibancuh dengan air kosong (yang biasa suhunya bukan air panas sebab protein akan musnah pada suhu tinggi, denatured) boleh juga dengan jus atau air lain selain tea dan kopi. CINCH ni boleh memberi tenaga berterusan kepada badan kita. tujuan minum time tea break supaya lunch anda takkan makan banyak. tapi tetap makan


Tengahari : lunch macam biasa. Lepas lunch amik 3 biji lecithin dan 1 biji omega guard. Lunch ni control pengambilan nasi. Amik nasi saiz genggaman tangan je. lebihkan sayur, sup dan buah tapi buah jangan lebih sangat sebab dalam buah ada gula gak.


saranan rasulullah pun supaya makan buah dulu sebelum makan nasi. untuk senang system perkumuhan berfungsi dan juga untuk bagi kita rasa yang light kenyang. jadi kita takkan amik banyak nasi dah untuk lunch sebab kita dah kenyang dengan buah.


Petang tea break around 3-5pm : minum CINCH segelas. Bancuh 1 scoop  dengan fresh milk/apa-apa minuman. tujuan minum time tea break supaya dinner u takkan makan banyak. sebab dah kenyang. tapi tetap makan. then amik 1 biji omega guard.






Malam : dinner macam biasa / if tak makan, make sure ada makan biskut ke roti ke sup ke. Cuma JANGAN HEAVY dan JANGAN skip makan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda akan bergelora dan metabolisma badan anda akan menurun. lepas tu amik alfalfa 3 biji.

Setiap weekend : amik 3 biji herblax pada sabtu malam dan 3 biji pada ahad malam. Amalkannya setiap minggu.


Paling Penting


DISPLIN! dan jangan depends dengan figure kat alat timbang. sebab dengan shaklee. ia tak pecahkan otot, tapi ia pecahkan lemak. jadi at least turun 200-500gram seminggu is good enough.


YANG PENTING ENJOY MAKAN VITAMIN


Note:
Energizing soy protein/Cinch : Bancuh dengan air kosong (yang biasa suhunya. bukan panas sebab protin akan denatured/musnah pada suhu tinggi) boleh juga campur dengan jus atau air lain selain tea dan kopi. ESP/cinch ni boleh memberi tenaga berterusan kepada diri peminumnya. ESP/cinch  tak boleh di ambil sekali dengan mana-mana multivitamin(Vitalea Shaklee). Nanti mengganggu penyerapan iron dalam multivitamin tu. Jarak pengambilan ESP/cinch dan multivitamin dalam 2 jam.

WAJIB FOLLOW

1) Minum air minimum 4-5 liter sehari (1 liter untuk berat setiap 25kg kalau contohnya anda berat 100kg, jadi anda kena minum minimum 4 liter air ye) kena sukat! bukan agak-agak je. kena sukat. beli bekas air yang ade indicator tu and then sukat. kena disiplin. ni sebab pengambilan vitamin dapat memekatkan darah kita.


jadi air sangat penting untuk melancarkan peredaran darah dalam badan kita. Minum 1.5 liter air dari pagi ke tengahari, 1.5 liter air dari tengahari ke petang dan 1.5 liter air dari petang ke malam. Minum sikit-sikit tapi berterusan. Kalau sebelum ni tak suka minum air. kena tukar habit demi dapatkan kesihatan yang baik dan kembali ke berat ideal.


Lagipon bagus kita minum air banyak sebab bole buang toksin dalam badan. Ni air putih je ye bukan air manis. air manis tak termasuk. Bagus sangat kalau anda bole skip amik air manis. kalau tiap hari anda amik air manis sebanyak 3 cawan, u reduce dulu kepada 2 cawan then kepada 1 cawan. berubah pelan-pelan. bukan drastic.


Begitu juga dengan pengambilan makanan. kalau selalu u makan penuh 1 pinggan nasi masa lunch then sekarang buang lah ckit amik ¾ je nasi then pasni bila dah stabil dan badan u bole terima perubahan. u bole amik 2/4 je nasi dari sebelum ni. berubah sikit-sikit. bukan drastic. kalau u berubah drastic badan xbole terima effect kesihatan u nanti and then badan u pon jadi malas nak kekalkan habit kurang pangambilan karbohidrat sebab u suffer. Saya bagi cadangan ni supaya u tak suffer dalam diet program.


2) Doa berterusan kepada Allah semoga Allah berikan ape yang u hajati. kita ni kadang-kadang kurang berdoa minta dari Allah. sebenarnya apa-apa pon kena mintak dengan Allah. sebab Allah ni akan bagi mengikut kehendak kita. tapi kalau Allah tak bagi tu maknanya tu bukan terbaik untuk kita. u mintak untuk Allah kuatkan u untuk berusaha ke arah menurunkan berat badan demi mendapatkan kesihatan yang baik sebab kalau u sakit susah nak beribadat kepada Allah. macam tu lah. Allah akan kabulkan. Cuma cepat atau lambat je. sabar-sabar.


3) Istiqamah atau berterusan dalam pengambilan vitamin, diet yang betul dan minum air. kalau kadang-kadang amik vitamin, kadang-kadang lupa kesan pon tak berapa memuaskan.


4) Makan makanan yang berkhasiat. makan ikut keperluan badan kita. bukan ikut selera kita. yang part ni kena improvekan dan tukar habit makan. u kena tahu berapa kalori yang u perlukan dalam sehari. tulis ape yang u amik setiap hari and then kena pandai kire berapa kalori bagi setiap makanan yang di ambil dan berapa sebenarnya badan u perlukan kalori.


5) Senaman tak bole tinggal. buat sikit-sikit. walau tak nampak turun banyak atau tak turun kena buat jugak sebab ia membantu mempercepatkan


6) Segenggam tangan karbohidrat. Sama ada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jikalau masih tidak kenyang, tambahkan lauk(sebab protein)





Yang ni pula saya amik dari Internet :


Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Anda tidak perlu mencari trend senaman yang terkini. Apa yang penting ialah anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.


1)   Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tidak wajib. Tetapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.


2)   Angkat berat! Tak kira jantina dan umur. Pastikan anda memasukkan senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu menguatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya jika anda sudah berjaya menguruskan badan, sudah tentu anda inginkan badan yang kental bukan?


3)   Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.


4)   Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Sekiranya anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan untuk membakar lemak, pastikan anda elakkan diri dari mengambil minuman seperti Milo, 100Plus atau Gatorade.


5)   Tidak perlu bersenam setiap hari. Jika bersenam, tidak perlulah melakukannya setiap hari. Ketahuilah bahawa hanya 2 - 4 kali seminggu sudah memadai. Biarkan badan anda rehat dan pulih. Ingat, yang penting adalah kualiti senaman, bukannya kuantiti senaman anda.


6)   Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.


Elakkan:



1)      Minum banyak kopi dan teh. Sebab ia mengandungi kafein. Tak bagus untuk diri kita.

2)      Kurangkan pengambilan benda2 manis. cth: kuih yang manis. air yang manis. boleh amik…tapi kurangkan dari sebelum ni. pengurangan perlu bertahap.a
3)      Kurangkan pengambilan makanan segera. No fast food!  no! say no to fast food
4)      Elakkan air bergas dan makanan yang berminyak dan makanan berlemak
5)      Elakkan dari makan makanan dalam jumlah yang banyak sekaligus. makan kerap takpe. asalkan jangan amik makanan banyak sekaligus. makan kerap pon amik yang kalori rendah la. jangan makan nasi pulak. yang banyak karbohidrat

Sekian semoga u diberi kekuatan untuk berjaya dalam program diet ni. kita berusaha sama-sama. Saya nak bantu anda. so pape bole contact me k.


Harga vitamin:
1) Herblax : 120 biji : rm4X : boleh tahan 5 bulan : rm 8.XX je sebulan
2) Lecithin : 180 biji : rm4X: boleh tahan sebulan lebih.
3) Cinch : 1 bekas : rm1XX: boleh tahan 1 bulan lebih.
4) Alfalfa 700 biji : rmXX: boleh tahan 7 bulan lebih : rm1X sebulan
5) Omega guard: 90 biji : rm1XX. Boleh tahan 1 bulan lebih.

Total : RM 4XX. habis dalam rm2XX je sebulan. yang ni untuk harga set lengkap untuk program diet. jika anda kurang bajet, boleh SMS/WhatsApp saya di 0193280057 untuk cadangan set yang lebih murah.



Inginkan side income 3-4 angka sebulan hanya dengan bisnes online Shaklee?

Hubungi Suzana untuk :-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


suzana yahaya
Shaklee ID : 1102241
suzana_8378@yahoo.com
0193280057 (SMS/WhatsApp)


11 Feb 2014

MASA RIADAH ANAK ANAKKU

Setiap petang balik je dari sekolah agama..aku peruntukkan 30 minit untuk anak anak aku beriadah kat depan sekolah ni..ye la dapat la diorang main dengan kawan kawan sekolah diorang..apa yang penting kegembiraan dan keseronokkan anak anak tu je..budak budakkan..mesti nak main punye..si Shamel dengan best friend dia Lukhman...yang si Sofea pula dengan best friend dia Puteri...kawan silat dia jugak tu..selalunya diorang main bola..tapi bolanya botol air mineral...hahaha...kesian takde bola..karang kalau bagi bola...ntah ke mana mana sepaknye..buatnya kene kereta orang lagi haru karang..huhhh..sofea siap pakai baju sukan dalam baju kurung sekolah semata mata nak main...aku ikutkan ajela permintaan diorang ni..budak budak kan..balik ni karang masing masing dah penat..pegi ambil Shareef si comel kat umah mak and then balik rumah la...sampai rumah diorang mandi...makan...siapkan kerja sekolah and baca buku mana patut and lastly diorang tidur...esoknya bermulalah episod harian macam biasa...pusing pusing sama je hari hari...tapi aku happy sangat...terima kasih Ya Allah...

BERPOSING DI OPIS..

Masa ni...tengah duduk sibuk berborak ada la hal sikit...bosan bosan kawan cakap jom snap gambar...apa lagi masing-masing pun dok berposing sakan la..yang kelakarnya..Kalau tak silap Kak Aziah cakap kalau nak nampak kurus pose kena senget sikit...nah...apa lagi semua pun pakat pose senget...hehehe...kecuali aku la kot...kalau pose senget jugak nampak sekeping dah tak nampak orang pulak karang...hahaha...ade ke patut...tapi masing-masing memang happening habis la..sporting..tak malu-malu...aku cakap juga kat diorang...eh..gambar ni aku nak masuk dalam blog aku tau...diorang ok je..tu yang buat sayang kat diorang ni...serba tak kisah..kira nak kenalkan juga la kawan yang berdiri kiri sekali namanya Kak Aziah atau gelaran dia "HOT MAMA"..ha kau...hebat tak mama sorang ni...yang second sebelah kak Aziah pulak Si Yanti...Allah Akbar...kalau korang dengar suara dia lunak halus mulus lembut je...kalau nak dibandingkan dengan aku jauh langit ngan bumi lah...suara aku tak leh control volume dah...hahaha..yang sebelah Yanti ni..Adik Siti Noor..dia ni memang selamber..suka sangat pakai baju hitam...cover katanya..tapi kalau korang tengok dia pakai baju selain hitam...ayu sebenarnya cuma dia takut nak lari dari kepompong colour hitamnya tu..mula-mula kalau korang tak kenal dia memang rasa lain macam je cara pandangan dia tu..tapi cuba sekali korang berkawan dengan dia...weiii...best rupanya perangai budak ni..boleh masuk ma...aku pernah keluar pegi beli cover handphone kat kedai celcome kuala kubu ni je..bila ngan dia aku rasa macam aku pun budak lagi...hahahah...perasan pulak...haaa...yang sebelah dia ni Nazirah...dia ni aku boleh katakan seorang yang tidak dijangka...nak tau sebab...heheh..adala sekali aritu kami tengah borak kat meja meeting kat opis masa tu...kami cakap lain dia pegi cakap pasal yang tak sepatutnya di cakap kat situ...hehehe...tapi nasib baik dia pandai cover...kira kami pon cover ugak la..hemmmmm..macam-macam perangai kan...and The last but not least...AKU LA yang hujung tu..aku seperti aku la..tu je la kot buat kali ni...eh...ada lagi kawan-kawan yang tak masuk lagi ni...nanti sambung lagi la...tak de gambar terbaru diorang la..

7 Feb 2014

SET IBU MENGANDUNG SHAKLEE YANG PENYAYANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Buat ibu mengandung yang pertama kali mahupun kedua, ketiga atau seterusnya...
Saya ucapkan tahniah di atas anugerah yang Allah berikan kepada kita semua...rezeki dariNya tiada siapa menduga...
Banyak cabaran dan dugaan di kala mengandung di sini saya kongsikan sedikit maklumat berguna untuk kita bersama..selalunya ibu-ibu mengandung akan alami simptom berikut dan persoalan di bawah mungkin membantu sedikit..



1.     Apakah cabaran yang lazim dialami oleh Ibu Hamil ? 
– Morning Sickness, Anemia dan sebagainya
2.    Apakah Zat Nutrisi yang penting untuk pertumbuhan bayi ?
- Protein, Omega 3, Folic Acid dan banyak lagi
3.    Bagaimana Ibu Hamil mendapatkan Nutrisi yang diperlukan sepanjang Kehamilan? - Makanan Seimbang Berzat
4.    Mengapa Doktor Membekalkan Vitamin untuk Ibu Hamil ?
- Cara Penyediaan makanan yang merosakkan zat
5.    Mengapa Set Mengandung Shaklee adalah Vitamin Ibu Hamil Terbaik?
– Terbukti melalui pengalaman ibu-ibu hamil yang tenyata sihat dan cergas
6.    Apakah Kebaikan Set Mengandung Shaklee buat Ibu Hamil ?
- Semulajadi, tiada pengawet dan 100% menepati RNI Ibu Hamil
7.    Berapa Harga Set Mengandung Shaklee? 
– Bermula dari RM190 sebulan
(Vita lea, b-complex, vita-c, ostematrix)
8.    Cara Makan Set Mengandung Shaklee? 
– Exclusive dan unik dari kami untuk anda
(Juga boleh dapatkan consultant cara makan vitamin secara percuma dari saya)

Tidak ada lagi persoalan mengapa kita tidak mahu ambil makanan tambahan (vitamin)..yang mudah dan 100% jaminan semulajadi hanya dari SHAKLEE...








6 Feb 2014

CHINESE NEW YEAR PUNYA CERITA

Nak dijadikan cerita masa tu hari ahad 2/2/2014..tak buat ape pon kat rumah..maka papanya bercadang nak gi jenjalan...aku setuju je la..budak-budak paling 'syok' la..shamel pun buka mulut nak mohon sesuatu...nak beli b-daman lagi nak buat koleksi katanya...kami pun ikutkan aje la..sesampainya kami di Bangsar...singgah Mid Valley cari kat situ...tanya la org kat toys r us tu b- daman area mana...dia terus cakap b- daman no stok la...aku tanya bila nak restok...dia kata tak tau...makanya kecewalah hati putera sulongku itu...nak sedapkan hati dia yang dah hancur...bawa gi makan secret resepi...yang seronok sapalah lagi sofea la...dapat makan kek sedap..lrpas makan kami ke bandar utama singgah one utama Shopping centre...cari lagi b-daman...ternyata kecewa...selesai urusan di sana...kami teruskan perjalan mencari ke jusco kepong...auntie jaga tempat mainan tu kata b -daman dah habis...ramai betul orang cari b-daman ni dik..kata auntie tadi...kecewalah lagi...papa ajak cari kat jusco anggun lak...aku tengok langit dah gelap...terus cakap kat papa...lain kali jelah kita cari kaki dah penat jalan ni...jom la kita cari makan...sok kan nak sekolah...kami pun balik tanpa b-daman...itulah cerita pada hari itu..bukan main semangat nak menyertai tournament b-daman kat mid valley..tapi tak tau bila tournament nak diadakan..kena selalu check kat WBMA..

KISAH KUCING DAN RASULULLAH SAW

INI MY NEW BABY JUMPA KAT KEDAI MAKAN..NAMA DIA MONAT YANG WHITE COLOUR TU..SEBELAH TU KAWAN DIA..DARI BAKA YANG LAIN...
MONAT STILL ADA KAT RUMAH..
YANG SATU LAGI WAS GONE...SO SAD...
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Setiap Nabi akan menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai ialah, Mueeza selalu mengeong ketika mendengar azan seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti laungan azan. Nabi juga berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyayangi keluarga sendiri.

Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebgai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan munggil kucing itu.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan comel ini sangatlah berat, dalam sebuah hadist shahih Al bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.

Beberapa diantara orang terdekat nabi juga memelihara kucing. Aisyah binti Abu-Bakar As-Siddiq, isteri nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Abdur Rahman bin Sakhr al Azdi. diberi julukan Abu huruyrah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara pelbagai kucing jantan dirumahnya.”

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.

Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana (bekas minum). Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

Erm, demikian kisah tentang kucing Nabi Muhammad SAW Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih sayangnya Rasulullah terhadap haiwan.

anaciklemon Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign