anaciklemon

Halaman

27 Mei 2014

VITAMIN E SHAKLEE PENYELAMATKU

Hari ini kita nak sambung balik kisah kita bersama vitamin shaklee ni. Ini kisah benar tiada yang di reka.
Kisahnya bermula kerana kedegilan kita sendiri la. Macam ni, mula mula kita amik ESP dan vita E setiap hari. Ada satu hari tu kita ni gatal sangat nak cuba satu produk ni (tak boleh sebut nama atas sama sama berniaga). Tapi kita tak salahkan produk ni pun mungkin kita yang tak sesuai dengan dia.

Dekat 2 minggu juga kita cuba produk ni, pada mulanya tak ada masalah dalam 2 ke 3 hari je. Lepas itu sikit sikit jerawat kecil kecil dan seterusnya macam menjadi jadi pula. Kita dah mula gelabah dan risau. Kita terus stop tak ambil produk ni lagi dah.

Mulalah kita berfikir baik ambil ESP dan vita E Shaklee sahaja. Tak perlu tambah yang lain dah. Kita pun kembali kepada sediakala minum ESP dan vitamin E.

Tiap tiap malam selama seminggu kita buat masker vitamin E. Alhamdulillah selamat sikit sikit kulit kembali normal cuma ada kesan sikit sikit. Tapi tak apelah kita akan istiqomah teruskan. Dan semoga Allah izinkan kembali kepada yang asal.


Tapi bila difikirkan semula ini semua sebab pengaruh juga la kan. Saya berdoa agar saya tidak mudah terpengaruh lagi selepas ini.

Cukuplah bagi kita vitamin SHAKLEE.

Buat setakat ini dululah cerita kisah benar kita. Nanti kita sambung lagi cerita pengalaman kita dengan vitamin hebat superb ni .

Nak maklumat lanjut atau order terpantas dari saya whatsapp saya di talian :0193280057

Ni gambar kita setelah kita berusaha untuk memulihkan kulit kita. Tidak di edit sedikit pun. Masih ada kesan jerawat kecil di wajah lagi. Nanti kita update lagi ye bila wajah dah kembali tidak ada parut tu.

TAMAN TEMA AIR CUTI SEKOLAH

Esok dah masuk musim cuti sekolah pertengahan tahun. Anak-anak dah sibuk bertanya "kemana la kita bercuti kali ni mama"..masih tidak terjawab persoalan anak-anak. Sebab tak tahu mana satu pilihan tempat percutian kali ini.

Bila difikirkan semula berpandukan minat anak-anak, nampak gayanya lebih kepada TAMAN TEMA AIR. Maka dengan itu eloklah kiranya di bawa sahaja anak-anak ini ke sana. Yang menjadi persoalannya sekarang di mana? seronokkah? berbaloi ke? 


Setelah di GOOGLE akhirnya keputusan di buat, kami ke GOLD COAST. Tapi belum tentu dan pasti ke tempat itu. Untuk tidak mengecewakan anak-anak kesayanganku, papa kata kita tangguh dulu bercuti ke GOLD COAST...mmmm..kenapa? terkejut juga. Rupa-rupanya papa kata tempat kerja papa nak buat family day kat sana nanti, jadi kita pergi tempat lain dulu.  


Ok lah kalau macam itu. terpaksa jugalah otak ni memikir dan jari jemari ini menekan butang GOOGLE lagi.


Ada satu lagi tempat menarik dan tertarik PEDAS HOT SPRING mmmm masih dalam perbincangan keluarga lagi ni. Belum ada kata putus. Fuhhh...susah juga ye. Ajak mandi laut mama tak mahu.


Semoga kami sekeluarga dapat membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anak kesayangan kami sentiasa ceria dan gembira setelah penat belajar. 


Anak-anak MEAL SHAKE memang sentiasa ceria.

anaciklemon Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign