KEK MILCOKL LAZAT MENYELERAKAN
Ini dia resepinya ;
Tepung blue key = 2 cawan
Gula Perang = 1 cawan
Milo = 1 cawan
Susu pekat manis = 1 cawan (psssttt kurangkan la sikit)
Serbuk koko vochelle = 1 cawan
Telur = 4 biji
Minyak masak = 1 cawan
Air panas = 1 cawan
Saya pakai cawan senang nak sukat.
Cara-cara membuatnya pula ;
Didihkan periuk pengukus dulu.
Masukkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk besar dan kacau dengan sudip ye. (pssstttt jangan guna mixer nanti tak cantik naiknye)
Bila semua bahan tadi dah sebati tapis je bagi lagi lembut teksturnya. Takde la berketul-ketul nanti.
Masuk adunan dalam loyang jangan lupa sapu minyak dulu sebelum tuangkan adunan tadi. Kukus dalam sejam masak la kek tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan