anaciklemon: islam itu indah

Halaman

Memaparkan catatan dengan label islam itu indah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label islam itu indah. Papar semua catatan

11 Mac 2014

AURAT

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda :






Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”
2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)
3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”
4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)
5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas :
“Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

3 Sep 2010

Wanita yang Allah & Rasul sayangi..

Assalamualikum...

Kepada saudara dan saudari pembaca yang Allah SWT kasihi..hayatilah setiap apa yang di coretkan untuk kalian semua...semoga dirahmati Allah SWT...InsyaAllah...

Sabda Rasulullah SAW maksudnya; "Dunia merupakan suatu keseronokan (kenikmatandan kebahagiaan). Sebaik-baik keseronokan (kenikmatan dan kebahagiaan) ialah wanita Solehah".(Riwayat Muslim).

Maka jagalah peribadi anda sebagai wanita dan isteri. Sesungguhnya wanita amat mulia disisi Allah dan RasulNya. Wanita juga senang atau kata lain mudah masuk syurga juga mudah masuk neraka. Renungkan hadis di bawah ini;

Sabda Nabi SAW maksudnya; "Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang wajib lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan mentaati suami, di akhirat ia diseru masuk syurga mengikut pintu mana yang ia sukai". (Riwayat At- Tabrani)

Sabda Nabi SAW maksudnya: "Hai para wanita!, bersedekahlah kamu dan perbanyaklah istighfar (memohon ampun dan bertaubat kepada Allah), kerana aku melihat mejoriti ahli neraka kaum wanita"

Pembaca yang dihormati Allah SWT...

Saya juga seorang hamba Allah SWT yang masih mencari ilmu agama islam dan impian saya adalah menjadi wanita Solehah yang di sayangi Allah SWT dan RasulNya. Serta disayangi suami dan anak-anak juga keluarga tercinta InsyaAllah. Saya sebenarnya masih mencari identiti sendiri sebagai seorang wanita Muslim. Saya sekarang sedang cuba perbaiki diri sendiri disamping menyampaikan apa yang saya pelajari kepada semua pembaca. Agar ilmu yang saya pelajari melekat di hati sanubari saya. Dan memberi manfaat kepada rakan pembaca semua. InsyaAllah coretan saya berhenti di sini dan akan disambung pada coretan yang mendatang.

Akhir kata semoga Allah SWT melindungi kita serta keluarga walau di mana kita berada. Ingatlah Allah SWT kerana setiap ingatan itu akan dibalas dengan kebaikan yang berlipat kali ganda.InsyaAllah.

Sekian.

Wassalam...

anaciklemon Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign