anaciklemon: TAMAN TEMA AIR CUTI SEKOLAH

Halaman

27 Mei 2014

TAMAN TEMA AIR CUTI SEKOLAH

Esok dah masuk musim cuti sekolah pertengahan tahun. Anak-anak dah sibuk bertanya "kemana la kita bercuti kali ni mama"..masih tidak terjawab persoalan anak-anak. Sebab tak tahu mana satu pilihan tempat percutian kali ini.

Bila difikirkan semula berpandukan minat anak-anak, nampak gayanya lebih kepada TAMAN TEMA AIR. Maka dengan itu eloklah kiranya di bawa sahaja anak-anak ini ke sana. Yang menjadi persoalannya sekarang di mana? seronokkah? berbaloi ke? 


Setelah di GOOGLE akhirnya keputusan di buat, kami ke GOLD COAST. Tapi belum tentu dan pasti ke tempat itu. Untuk tidak mengecewakan anak-anak kesayanganku, papa kata kita tangguh dulu bercuti ke GOLD COAST...mmmm..kenapa? terkejut juga. Rupa-rupanya papa kata tempat kerja papa nak buat family day kat sana nanti, jadi kita pergi tempat lain dulu.  


Ok lah kalau macam itu. terpaksa jugalah otak ni memikir dan jari jemari ini menekan butang GOOGLE lagi.


Ada satu lagi tempat menarik dan tertarik PEDAS HOT SPRING mmmm masih dalam perbincangan keluarga lagi ni. Belum ada kata putus. Fuhhh...susah juga ye. Ajak mandi laut mama tak mahu.


Semoga kami sekeluarga dapat membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anak kesayangan kami sentiasa ceria dan gembira setelah penat belajar. 


Anak-anak MEAL SHAKE memang sentiasa ceria.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anaciklemon Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign