anaciklemon: CITA CITA MENJADI SEORANG GURU

Halaman

16 Apr 2016

CITA CITA MENJADI SEORANG GURU

Ini sofea anak kedua dalam keluarga ini. Setiap hari ada sahaja aktiviti yang dilakukan Sofea. Buku sentiasa menjadi temannya. Papan tulis ini sentiasa menjadi coretan Sofea setiap kali pulang dari Sekolah Agama. Ada sahaja Teka-teki, pantun atau soalan yang pelikpelik dibuat untuk kami sekeluarga menjawab.
Selalu juga dia berpewatakan seorang guru, dipaksanya adik atau abang menjadi murid kepadanya. Cita-cita Sofea nak jadi seorang guru Bahasa Inggeris. Cukup Obses dengan cita-citanya. Kemana sahaja kami pergi tak kira shopphing ke keluar makan ke, mesti ada sahaja soalan yang diberikan kepada kami semasa dalam perjalanan untuk kami jawab. Dia seorang yang jenis selalu nak menang. Tapi kalau kalah senyap la dia. HEHEHE...

Seminggu sekali mesti minta belikan buku baru. Membaca buku tak kira dimana dalam kereta pun jadi. Tengah gelap pun jadi. Sekarang mata sebelah pun dah kabur. Ni semua gara-gara baca buku dalam gelap. Hanya doa sahaja yang ku titipkan buat Sofea agar cita-citanya menjadi kenyataan satu hari nanti.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anaciklemon Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign