anaciklemon: DROPSHIP PENGALAMAN BARU

Halaman

17 Apr 2016

DROPSHIP PENGALAMAN BARU

Habis pantang bulan Februari. Naik je kerja terus cari peluang berniaga. Dah memang minat kan. Cuma kali ni lain sikit. Tiba-tiba DROPSHIP jadi pilihan. Alhamdulillah sangat memberansangkan. Ramai juga sahabat di IG dan FB beli dan servey dari saya. Pelanggan pertama dapat macam rasa nak melompat punya suka. Berkat doa dan jaga hubungan dengan Allah juga la ni. 

Betul kata orang kalau kita sentiasa ikut orang yang positive, tentunya aura mereka yang kita serap. Maka terpaksalah jadi orang yang berjaya macam mereka juga. 

Dalam mengejar cita-cita dalam berniaga ni. Kita jangan lupa pula kerja hakiki kita dan urusan keluarga yang perlu di utamakan. kerja siap baru boleh buat kerja lain. Yang utama perlu didahulukan. Lagi satu urusan keluarga lagi penting dan letak sebagai keutamaan. 

Jadi barulah apa yang kita buat rasa tenang, aman dan seronok tau.
Ok lah setakat ni je dulu nak ambil anak balik sekolah agama pula. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anaciklemon Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign