anaciklemon: DUGAAN DALAM BERNIAGA

Halaman

17 Apr 2016

DUGAAN DALAM BERNIAGA

Rata-rata mengetahui untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang kita minat memerlukan pengorbanan.

Pengorbanan ni banyak cabangnya. Dari segi masa, wang ringgit, kerja hakiki, urusan keluarga, menjaga hati orang lain dan masa untuk diri sendiri.

============
MASA
============

Baiklah hari ni saya akan cerita bab MASA je dulu. Kita perlu pandai membahagikan masa. Terutamanya masa bersama keluarga. Perlu diberi keutamaan kerana bagi saya keluarga adalah segalanya. Jatuh naik seseorang itu dia tetap bersama keluarganya. Hanya keluarga yang memahami kita. 

Masa di tempat kerja pula, kita harus bijak agar semua kerja-kerja yang diamanahkan kepada kita dapat dilaksanakan dengan baik dan mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan. Saya tak nafikan masa bekerja juga saya ada membuat kerja-kerja berniaga online. Tapi harus diingatkan kerja hakiki itu perlu diselesaikan terlebih dahulu. Macam DROPSHIP ni, kita tak perlu sentiasa mengadap internet, cukup sekadar kita post atau beriklan dalam tempoh masa yang  singkat dalam 5 minit setiap kali post iklan dibuat. Tak menjejaskan kerja hakiki pon. Tapi harus diingatkan bukan mudah. Saya ada cara bagaimana nak post iklan di Facebook dan IG tanpa jejas kerja hakiki. Tunggu entri khas berkaitan tajuk ni nanti ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anaciklemon Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign