anaciklemon: HB LOW IGAUAN IBU HAMIL

Halaman

31 Okt 2016

HB LOW IGAUAN IBU HAMIL

πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹
HB RENDAH IGAUAN IBU HAMIL
πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹πŸ‹

Jangan sedihπŸ˜” jangan risau πŸ˜₯meh sini kita share sikit cara mengatasi HB low πŸ‘‡ atau Anemia..

HB Low @ Anemia juga senang difahami di mana tubuh mengalami kekurangan sel darah merah atau berlakunya penurunan paras hemoglobin (HB) di dalam darah.

Secara biologinya, masalah ini mengganggu fungsi dan keupayaan sel darah merah untuk mengangkut oksigen bagi kegunaan tisu-tisu organ penting dalaman tubuh.

Sering berlaku kepada ibu yang sedang hamil.

Mari kita kongsikan tahap risiko yang mungkin membimbangkan ibu - ibu comel sekalian.

TRIMESTER PERTAMA 
HB rendah boleh meningkatkan risiko terjadinya keguguran.

TRIMESTER KEDUA
Boleh menyebabkan bayi pramatang, pendarahan, gangguan janin dalam rahim, kematian bayi dalam kandungan, mudah terkena infeksi dan menyebabkan risiko kematian pada ibu sekiranya anemia terlalu teruk.

TRIMESTER KETIGA
@ketika bersalin 
Ibu akan cepat letih tidak cukup tenaga. Menyebabkan gangguan proses bersalin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di sini kita lihat paras HB dan kategori anemia yang dialami
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

>11.0 paras Normal
9.5 - 11.0 Anemia Ringan
8.0 - 9.5 Anemia Sederhana
6.9 - 8.0 Anemia kritikal
<6.9 Anemia sangat kritikal

PUNCA ANEMIA BERLAKU

1. Kekurangan zat besi akibat dari diet yang tidak seimbang
2. Kelemahan penyerapan zat besi dalam badan
3. Masalah keganjilan HB dalam darah

CARA MENGATASI HB RENDAH

1. Makan makanan yang mengandungi kandungan zat besi.
Contoh makanan : 
Daging ayam, sayurab berdaun hijau, kekacang, hati, kerang, buah-buahan seperti labu, tembikai, termasuk buah-buahan kering kismis dan kurma.

2. Makan makanan yang kaya vitamin C 
Contoh : buah oren, betik, sayur termasuk tomato dan cili.

3. Ambil suplement tambahan dengan berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu

semoga bermanfaat dan membantu ibu- ibu gojes yang comel..πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ‹❤️

Klik link di bawah untuk info lanjut 

 


Sumber: yourfabulousmama.net



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anaciklemon Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign